Tips Selesaikan Masalah Hutang

Cara Kurangkan Hutang Dan Ada Lebihan Cash Setiap Bulan

Cara Kurangkan Hutang_faizulridzuan

Cara Kurangkan Hutang Dan Ada Lebihan Cash Setiap Bulan

Cabaran terbesar orang yang berhutang adalah melangsaikan hutang yang ada dan tidak tahu cara kurangkan hutang dan ada lebihan cash setiap bulan.

Tak kiralah hutang apa yang ada sekarang.

Pinjaman kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman rumah dan segala hutang yang ada. 

Dan masalah kewangan adalah masalah besar untuk banyak keluarga dan individu.

Ada yang pilih untuk bunuh diri, ada yang pukul anak dan bini, dan ada yang bercerai kerana masalah kewangan.

 

Antara punca no.1 kenapa ramai pasangan bercerai tahun 2019, adalah kerana masalah kewangan. 

Sedih kan? Mungkin anda sekarang stuck tak tahu nak buat apa. Hutang banyak. Simpanan makin sikit. Sebenarnya jika anda ada masalah dengan hutang, anda boleh pilih untuk kurangkan hutang anda.  Ada beberapa cara untuk kurangkan hutang anda. Salah satunya adalah menggunakan teknik debt swep. Dengan teknik ni anda boleh rendahkan bayaran bulanan loan dan ada lebihan cash setiap bulan. 

 

Apa itu debt swap? 

Bahasa mudahnya, debt swap ni maksudnya tukar hutang mahal kepada hutang murah.

Jumlah interest yang tinggi anda boleh tukar kepada jumlah interest yang lagi rendah. 

Hutang yang anda boleh tukar adalah:

  • Personal loan 
  • Housing loan 
  • Hutang kad kredit

Sebenarnya bagi orang yang ada ilmu yang betul, anda boleh guna teknik untuk kurangkan hutang dan tingkatkan cashflow anda. 

Jom saya tunjukkan case study supaya anda lagi mudah faham bagaimana teknik debt swap ni membantu kurangkan hutang anda dan tingkatkan cashflow anda.  

 

Case study debt swap : Balance transfer 

Saya nak kongsikan kisah sebenar Aiman (bukan nama sebenar) ini. 

Aiman ada hutang kad kredit tertunggak RM15,000 dengan interest rate 18% setahun.

Dia bayar ansuran hutang kad kredit dengan jumlah bayaran minimum (5% dari baki hutang) iaitu RM750.

 

Aiman akan mengambil masa 100 bulan (8 tahun 4 bulan) untuk langsaikan semua hutang.

  • Jumlah interest: RM6,198,
  • Jumlah keseluruhan: RM21,198

 

Kemudian, dia buat balance transfer ke syarikat kad kredit B dengan syarat – syarat berikut:

1) Upfront fee 6% dikenakan ketika pendaftaran balance transfer dan dicampur dengan baki hutang kredit kad.

Jumlah upfront fee adalah sebanyak RM 900.

 

Baki hutang yang perlu dibayar adalah sebanyak RM15,900.

 

Pengeluar kad kredit bagi tawaran sekiranya kesemua baki hutang dilangsaikan dalam masa 36 bulan, tiada kadar faedah akan dikenakan.

 

Untuk 36 bulan pertama, ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

  • RM15,900/36 bulan = RM454/sebulan dengan interest hanya 3% setiap tahun (9% untuk 3 tahun)

 

Untuk recap, jumlah hutang AIman adalah RM15,000 dan minimum bayaran bulanan yang Aiman kena bayar adalah RM750 sebulan dengan annual interest 18%! 

 

Sekarang Aiman perlu membayar RM454 sebulan. Maksudnya Aiman berjaya kurangkan bayaran bulanan sebanyak RM296/sebulan dan dari interest charge 18% (reducing balance) kepada 3% flat rate atau 9% reducing balance. Aiman jimat 78% untuk interest!

 

Sebelum (Bank A)Selepas (Bank B)
Hutang kad kreditRM15,000RM15,000 + upfront cost RM900
Tempoh untuk habis bayar hutang100 bulan (8 tahun 4 bulan)36 bulan (3 tahun)
Interest rate18% reducing balance3% flat rate

9% reducing balance

Bayaran bulananRM750RM454
Jumlah interest RM6,198RM1350
Jumlah berjaya simpan setiap bulanRM0RM296

 

Kesimpulannya, bila anda ada hutang yang banyak, jangan rasa hutang tu membebankan. Anda boleh kurangkan bayaran bulanan hutang bergantung kepada situasi anda sekarang. 

 

Saya dah kongsikan macam mana Aiman berjaya kurangkan hutang bulanan beliau dari RM750 sebulan kepada hanya RM454 sebulan, siap boleh ada extra cash RM296 sebulan. 

 

Saya harap, anda yang rasa stuck dengan hutang sekarang, dapat sesuatu dengan perkongsian ini.

Yang penting, cari ilmu dulu bila nak buat sesuatu. Ilmu ni bukan ilmu biasa – biasa. Ilmu ni boleh buatkan orang yang ada hutang RM5 juta pun boleh tidur malam. 

 

Kalau anda nak baca lagi banyak case study dan nak lagi faham tentang ilmu kurangkan hutang, saya nak jemput anda masuk Facebook Group Kurangkan Hutang Kita dan Dapatkan  Ebook bernilai RM99.00 secara PERCUMA .

Saya akan kongsikan lebih banyak ilmu kurangkan hutang dan anda juga boleh bertanya soalan dalam Facebook group ini.

 

Klik link di bawah sekarang : 

Facebook Group Kurangkan Hutang Kita

eBook Kurangkan Hutang Kita

 

Comments

comments

Related Posts