Uncategorized

SELAMAT TINGGAL, LAMBORGHINI URUS. HELLO “M”.

Pemergian ayah saya membuatkan saya berfikir apa yang patut saya buat lebih baik. Apa regret saya bila beliau meninggal mengejut mcm ni? Saya jenis yang tak suka nak ingat kesilapan yang lepas sbb tiada manfaat, dan saya lebih suka tgk apa yang saya patut perbaiki. Saya tak menyesal byk tapi agak terkilan sikit sebab saya jarang jumpa beliau sebab sibuk kerja.

Dan bila saya lihat keluarga saya hari ni, saya sekarang ada :

  • 2 ibu dan ibu mertua yang sudah tiada suami.
  • Adik dan kakak ipar yang belum berumah tangga.
  • Isteri dan 2 anak perempuan kecil.

Kesimpulannya, saya seorang lelaki dan bertanggungjawab jaga 5 wanita dan 2 gadis kecil.

Dan pasti anda semua tahu, yang semenjak tahun lepas saya mengidam nak beli Lamborgini Urus yang bernilai RM2 Juta sebelum 2022. Tapi hari ni, kemahuan saya nak pakai Urus dah hampr kosong, terutamanya lepas kematian ayah.

Jadi saya buat keputusan, dan saya tak mahu ada penyesalan yang sama bila dgn ibu dan ibu mertua saya yang dah hampir umur 70-an. Instead of beli Lamborghini Urus, saya buat keputusan untuk beli rumah banglo 6000sqf yang bernilai RM4juta supaya saya, dan anak anak, dapat luangkan masa semaksima nya dgn ibu dan ibu mertua saya yang dah berusia.  Dan di kawasan gated dan guarded, supaya keselamatan mereka insyaAllah terjaga bila saya bekerja atau kena travel sebab business.

Ini adalah target saya sekarang, dan insyaAllah saya akan cuba beli rumah banglo ini sebelum hujung tahun 2021. Jadi hari hari saya jumpa ibu saya dan anak anak boleh luangkan masa dgn opah mereka. Dan saya nak pastikan yang banglo ni saya beli tanpa modal, dan ansuran bulan berbelas ribu ni dibayar menggunakan cashflow dari hartanah hartanah lain.

Kenapa saya sibuk nak ceritakan benda ni kepada anda semua? Ada beberapa sebab dan pengajaran yang saya rasa kita semua boleh belajar :

  1. Kita selalu terlupa dan perlu dingatkan yang orang tua kita, makin berusia. Apa yang mereka mahukan bukan wang harta, tapi masa kita dan mereka boleh lihat cucu selalu.
  2. Sasaran kita akan sentiasa berubah, mungkin sebab faktor usia, dan mungkin sebab dilanda tragedy. Tahun lepas saya nak lambo URUS sebab nak merasa pakai Lambo, tapi hari ni bagi saya benda tu tak penting langsung. Membahagiakan ibu dan keluarga saya hari ni jauh lebih penting dan bermakna untuk.
  3. Rumah yang kita perlukan, akan berubah bila sampai masa. Saya tak pernah terfikir untuk beli Bungalow macam ni sebenarnya, tapi kematian ayah saya mengubah banyak benda dan sebagai ketua keluarga sekarang, saya kena fikirkan apa yang paling terbaik untuk keluarga.

Jadi selamat tinggal buat masa ini, Lambo URUS. Dan rumah M, I’ll see you in 2021. Tolong doakan saya ya 🙂

Comments

comments