Property Investment

Kenapa Saya Suka Sangat Dengan Projek Rumah Baru?

Kelebihan projek rumah baru

TERTIPU BELI RUMAH LELONG?? MODAL RM12,000 JADI UNTUNG RM1 JUTA?

Kelebihan projek rumah baru

Sebenarnya ni bukan kes kena tipu. Cuma sebelum mereka beli rumah lelong, sebenarnya tak buat persediaan yang cukup.

Sebab itu dalam webinar semalam, saya ceritakan semua persediaan yang kita kena buat sebelum beli rumah lelong, subsales atau undercon (projek rumah baru) tahun 2020.

Kelebihan projek rumah baru

Sebab bila dah bersedia, semua okay je. Tapi kalau yang tak bersedia, memang mudah untuk rasa tertipu.

Saya faham benda ni sebab saya pun selalu kena.

Ada pelajar masuk kelas, tidur 30%-50% waktu dalam kelas tu, lepas tu beli undercon dan rugi.

Orang lain masih boleh dapat breakeven, dapat positive cashflow pun ada, tapi dia punya unit rugi.

Ada yang lepas masuk kelas, beli rumah landed negative cashflow beribu sebulan, pun salahkan saya walaupun saya tak pernah ajar dalam kelas untuk beli landed property untuk cashflow.

Ada yang datang 1on1, belajar sejam dari saya, terus beli dan lepas tu pula masih mahu salahkan saya.

Adat resam, bila berjaya, mereka yang bijak. Bila kurang berjaya, salah cikgu.

Yang kelakar, ada orang lain beli benda yang sama boleh je buat duit. Yang gagal dia je, tapi mungkin lebih senang salahkan cikgu berbanding lihat pada diri sendiri.

Yang fitnah macam-macam pun ada, dan bila saya lihat kehidupan mereka, memang nampak kurang berjaya, tak bahagia.

Allah SWT is really fair. Orang yang buat betul-betul, memang akan dapat. Orang yang main-main, asyik tidur dalam kelas dan lebih sibuk fitnah dan buat cerita, memang akan dapat result yang mengecewakan.

Jadi semalam, saya kongsikan kriteria yang saya pakai sendiri kalau nak beli subsales, lelong atau undercon tahun 2020.

Saya juga kongsikan apa persediaan yang kena buat sebelum beli lelong, subsale dan undercon, berdasarkan pengalaman sendiri yang dah beli semua, dan dah 15 tahun melabur dalam hartanah.

Dan saya siap warning lagi semalam yang undercon paling tinggi risiko sebenarnya. Kalau ilmu tak cukup, tolong jangan masuk sebarangan.

Sebab ilmu untuk beli undercon kena lebih power berbanding subsales atau lelong.

Saya sendiri tak pernah rugi beli rumah kecuali 2 unit undercon saya tu. Tapi rugi 2 unit buat masa ini berbanding 60 unit lain, so far Alhamdulillah and no complaint.

Apa-apa pun undercon adalah pilihan utama saya hari ini kerana strategi pelaburan saya dalam hartanah adalah menggunakan modal sekurang yang boleh.

Strategi pelaburan saya adalah strargey orang tak berada/berduit. Dan saya juga tunjuk real-case study hartanah undercon yang:

1. Modal kosong jadi untung 6-angka tak sampai 2 tahun – Case study saya sendiri

2. Modal RM25,000 jadi RM500,000 untung tak sampai 6 tahun- Case study saya sendiri

3. Modal RM12,000 jadi untung lebih RM1juta dari satu hartanah tak sampai 10 tahun.

4. Modal RM50,000 jadi untung RM1.6 juta tak sampai 10 tahun.

Semua 4 kes study ni, adalah real case study hartanah undercon. Dan bukan seorang je buat duit macam ni, tapi beratus orang beli benda yang sama.

So ramai yang jadi jutawan hartanah beli rumah undercon, termasuk saya, tapi tak bermaksud beli apa sahaja pun boleh buat duit.

Fahami 7 kriteria yang saya ajar tu betul-betul sebelum beli rumah undercon, belajar betul-betul guys, dan bukan belajar separuh sahaja.

Yang paling bahaya is orang yang belajar 30% tapi rasa dia tahu 100%.

Lelong, subsale, undercon semua boleh buat duit bila faham dan buat betul-betul.

Sebab tu, hari ni ada ramai yang kita reject walaupun mereka sanggup bayar untuk jadi klien di FAR Capital.

Sebab kalau suruh buat homework malas, belajar dalam kelas pun malas, memang tak akan berjaya.

Bagi the best property pun tak guna, sebab dia akan buat separuh jalan. Result konfem kelaut.

Jadi hari ni, kitorang reject terus klien macam ni, sebab property yang bagus bukannya banyak sangat, dan baik kita bagi pada orang yang bersungguh-sungguh nak buat, dan tak buat property seumpama skim cepat kaya.

Btw, kita ada juga ada kongsikan ilmu baru, which is macam mana nak pilih property baru VS property lama dalam kawasan yang sama.

Kelebihan projek rumah baru

Bila nak beli subsale, dan bila nak beli undercon di kawasan yang sama. Ni benda wajib kena tahu sebelum boleh beli rumah undercon. Saya dah share dalam FRPG, anda boleh tengok dan fahami.

p/s : Apa yang anda belajar dari post ini?

#SemuaBolehBuatDuitBilaFahamKriteria
#SemuaBolehRugiBilaTakFahamCara
#BelajarHabisBukanBelajarSeparuh
#RM0ToSixFiguresIsntImpossible

Comments

comments

Related Posts