General

Saya Orang Melayu, Adakah Saya Malas Dan Gagal?

malas dan gagal

MELAYU MALAS DAN GAGAL?

Saya melabur dan juga berniaga.

Modal saya berniaga, di kumpulkan dari hasil melabur lebih 20 bijik rumah pada waktu krisis ekonomi 2009.

Jual rumah 3 bijik, untung lebih RM500,000 tak sampai pun 3 tahun dan dari situlah modal yang saya gunakan untuk mulakan FAR Capital.

Sambil kerja, sambil melabur malah ada bisnes kecil.

Malaskah saya?

Waktu saya melabur dulu, saya ada kerja full time. Petang, malam dan weekend saya buat property siap ada unit sublet. Pergi kerja pun naik motor sahaja.

Malaskah saya?

Saya pernah cuba minta geran RM500,000 SUPERB untuk bantu usahawan Bumiputra, tapi kena reject.

Waktu saya present final, yang jadi pengadil siap boleh tidur, walaupun presentation saya tak sampai pun 5 minit. Jadi sampai hari ini, satu sen bantuan kerajaan pun saya tak pernah dapat.

Hari ini revenue syarikat-syarikat saya melebihi 8-angka. Klien kami pula dari pelbagai bangsa.

Adakah saya seorang yang gagal?

Saya mempunyai staff dan partner dari berbilang bangsa. Tak pernah terfikir pun nak beri rasuah.

Tak perlu pun sebab produk kami bagus dan cukup kuat untuk bersaing.

Tak pernah dapat kontrak kerajaan. Tolong buat kerja free lagi ada la.

Gagal dan malaskah saya?

Berkali-kali bisnes saya disailang dan ditiru oleh pesaing bumiputera dan lebih ramai business bukan bumiputera.

Saya dalam bidang property, dan majoriti player 99% adalah bukan bumiputera.

Kena tiru itu normal. Kena fitnah macam-macam dah lali.

Kitorang jalan terus.

Kalau benar saya gagal dan malas, kenapa mereka tiru kami? Kenapa perlu fitnah kami supaya bisnes kami jatuh?

Kerajaan lama lambat kekang pelancong asing ke Malaysia, hingga beratus kena kes Corona dekat Malaysia.

Tukar kerajaan terus masuk PKP sebab no choice inherit problem dari kerajaan lama.

Semenjak PKP dan PKPB, saya belum berjaya tidur sebelum jam 4 a.m setiap hari sebab nak pastikan business boleh survive, dan staff saya dan keluarga mereka tak hilang periuk nasi.

Gagal dan malaskah saya?

Saya mula beli rumah zaman Tun AB. Berniaga dan terus melabur waktu zaman DS Najib, rezeki saya ada krisis economi dan property bull run zaman DS Najib.

Tun kembali jadi PM dan LGE jadi FM dan ekonomi kita tak kemana.

Tak kira zaman Tun Badawi, DS Najib, Tun dan even LGE yang canang Malaysia nak bankrup, saya masih survive. BN, PH, DAP semua sama je bagi saya, dan saya tak pernah merungut.

Masih boleh buat duit dan berniaga.

Malas dan gagalkah saya?

Tun, buka mata besar-besar dan lihatlah sendiri berapa ramai orang Melayu yang beriktiar dan berkerja-keras.

Majoriti yang buat Grab, Food Panda delivery adalah orang Melayu.

Ramai je budak-budak muda melayu yang buat REN, insurans, unit trust, bisnes kecil dan ada juga kerja jual brownie, mangga. puding etc.

Hari ini saya ada ramai klien Melayu yang siap boleh ada rumah lebih dari 10-20 bijik, dan mereka semua kerja keras.

Mereka belajar byk ilmu baru sebab nak ubah nasib. Bukan semua melayu malas. Bukan semua melayu gagal.

Ramai je Melayu yang bagus, kerja kuat, tak makan rasuah, tak harapkan kerajaan, dan tak masuk penjara.

Mereka ni 1st generation baru nak berjinak, bukan datang dari keluarga berniaga dan pelabur.

Kita patut puji dan galakkan mereka, dan bukan label mereka sebagai malas dan gagal semata-mata sebab mereka tak sefahaman politik dengan Tun.

Kerajaan lama ada 22 bulan untuk buat banyak perubahan, tapi apa perubahan yang kita dapat?

Hutang bertambah walaupun kita rembat duit berpuluh billion dari Petronas, aset Khazanah pun kena jual.

Pelaburan asing berkurangan sebab kita gaduh dengan banyak negara lain, investor lari jauh jauh sebab MOF cakap kita bakal bankrup dan tak habis-habis berebut kuasa.

Dan duit revenue makin sikit sebab kita tukar GST kepada SST. Rule of law ke laut jugak.

There were sooooo many bad decisions were made for 22 bulan waktu PH jadi kerajaan, dan last-last melayu juga lagi kena salahkan sebagai malas, gagal, pemberi rasuah dan masuk penjara.

You were my hero growing up, and my parent idolizes you.

But after working and investing too hard, I feel so sad and betrayed, sebab sampai ke hari ini masih lagi kena label pemalas dan gagal.

What you say ada impak besar, Tun. Sebab people still follow you, dan percaya everything you said.

So bila Tun sendiri cakap orang melayu malas, berniaga gagal, makan rasuah, apa yang orang lain fikir bila jumpa peniaga melayu macam saya?

Mereka akan cakap jangan berniaga dengan orang melayu sebab mereka tak reti berniaga, sentiasa gagal, dan pemakan rasuah.

Apa yang orang lain akan fikir sebelum mereka ambil pekerja melayu?

Mungkin benar apa yang mereka cakap.

You either die a hero, or you live long enough to see yourself become the villain.

#SayaMelayu
#SayaTakMalas
#SayaTakGagal
#GalakanLebihElokDariMenghina
#WhyOnlyHighlightTheBad

Comments

comments

Related Posts