Finance, Financial Freedom

Saving Tak Ada, Hutang Bertimbun. Ini Yang Saya Lakukan Untuk Selesaikan Masalah Ni

Tak ada saving

Dalam keadaan ekonomi sekarang, berdasarkan laporan dari Bank Negara Malaysia (BNM) 75 peratus rakyat malaysia tak ada simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 . Memang ramai yang tak ada saving dan banyak yang buat hutang-hutang jahat

Biasa lah, masa tu belum tahu. Tapi jangan risau sangat, tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaian. 

Ada 2 cara yang boleh anda lakukan untuk tingkatkan simpanan dan juga keluar dari masalah hutang-hutang jahat yang ada. 

Cara yang pertama adalah refinance. Pada 7 July 2020, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 1.75%, merupakan kadar terendah sejak 2004. Cheaper borrowing costs. 

Dengan kadar terendah begini, refinance atau remortgage semula property yang ada supaya boleh ada lebihan cash dan dapat pembiayaan yang lebih murah dari asal

Contoh refinance, katakan anda dah beli property 10 tahun lepas dengan harga RM200,000 dan balance sekarang RM100,000. Anda boleh refinance up to RM200,000 atau lebih mengikut nilai pasaran hartanah dan kelayakan pinjaman anda. Dengan cash dari refinance ni, gunakan untuk settle hutang-hutang jahat atau jadikan cash reserve.

Untuk yang ada property, buat sebelum gaji kena potong atau kena buang kerja. Bila takde kerja atau gaji kena potong, bank memang tak mahu pandang. Buat benda ni sebelum kita betul-betul perlukan duit, sebab waktu kita terdesak memang bank tak mahu layan.

Kalau belum ada property lagi, boleh gunakan cara kedua ni.

Gunakan cashback untuk tingkatkan saving atau selesaikan hutang-hutang jahat dulu. Cashback ni ialah cash yang anda dapat dari pembelian property baru. Tapi hati-hati, bukan semua projek rumah baru boleh bagi bulan dan bintang macam ni.

Sebelum nak cari property yang boleh tolong selesaikan masalah saving dan hutang ni, anda kena faham dulu apa 7 criteria projek rumah baru untuk pelaburan yang telah saya kongsikan di dalam FRPG dari bulan March lagi. 

Comments

comments