Property Investment

Jangan Beli Rumah Projek Baru Kalau Tak Tahu 7 Kriteria Ini

TOLONGLAH JANGAN BELI RUMAH UNDERCON BEGINI!!!!! 😭

Sedih bila dengar kisah begini. Ini masalah belajar sikit terus nak buat dan fikir pelaburan hartanah adalah skim cepat kaya. Haih 😢

Kawan-kawan, saya sekali lagi memohon anda semua JANGAN beli undercon ataupun rumah projek baru kalau ilmu tak cukup.

Sebab saya dah berulang kali cakap yang undercon risikonya lebih tinggi berbanding lelong atau subsale. Ilmu kena tinggi sebelum masuk melabur dalam undercon.

Ada sebab saya ajar 7-kriteria tu percuma dalam FRPG sejak bulan March.

Sebab saya nak anda semua tahu bagaimana nak elakkan beli hartanah begini. Tak beli hartanah lebih baik dari tersalah beli.

Dan kalau anda lihat 7 kriteria yang saya ajar, anda akan dapati hartanah ini memang patut anda jauhi sebab :

1. Kriteria MEDIAN – RM480,000 untuk 3 bilik di Nilai adalah jauh melebihi median. Kalau rumah teres di Nilai pun tak sampai RM400,000 boleh dapat, kenapa la nak beli condo sampai RM480,000?

2. Kriteria rumah BARU VS LAMA – Melebihi 30% premium yang saya benarkan. Ni dah 100% premium bhai.

3. Kriteria TIER – Nilai ni tier no 3. Pada harga begini, kita boleh beli kondo kawasan tier-2 yang sewa boleh lebih RM2,500 sebulan. Kenapa bayar harga tier-2 untuk beli rumah kawasan tier-3 macam ni?

4. Kriteria BOOSTER – Tiada LRT atau MRT dekat Nilai. Tiada banyak peluang pekerjaan baru di Nilai. Tak seribu orang di sana nak bayar sewa RM2,500 sebulan di Nilai untuk rumah 3 bilik macam ni?

5. Kriteria SUPPLY – Supply di Nilai banyak, dan populasi Nilai hari ni majoritinya tertumpu kepada segmen student atau pelajar. Tidak ada banyak medium to high value job di sana buat masa ini yang mampu sewa lebih RM2,000 sebulan.

6. Kriteria tempoh MATANG – Kalau harga RM480,000, beliau mungkin kena tunggu 10-15 tahun baru dapat breakeven (kalau market normal). Lepas 10-15 tahun baru boleh buat duit. 😢

7. Kriteria MRO atau multiple rental option – hanya ada satu sahaja strategi sewa yang boleh breakeven, ni dah gagal sebab kita perlukan minima 2-3 strategy sewaaan baru patut beli.

Jadi property di Nilai ini, gagal dalam kesemua 7-kriteria yang saya ajar. Mulsub atau tidak, tak berapa penting sebab kalau mahu beli property grade-E begini, satu unit pun sebenarnya tak patut kita beli. Kenapa nak beli satu pun unit yang hanya akan buat duit lepas 10-15 tahun 😅

Saya dah kongsikan ilmu free begini di FRPG semenjak bulan March. Benda free je pun just kena laburkan masa sedikit untuk belajar.

Kepada mereka yang dah belajar sejak bulan March hari tu, saya minta anda kongsikan di ruangan comment apa yang anda belajar dari saya supaya kita boleh bantu lebih ramai orang dari tersalah beli begini.

#BelajarHabisSebelumBuatApaApa
#7KriteriaUndercon
#JanganBelajarSeparuh
#HartanahBukanSkimCepatKaya

Comments

comments

Related Posts