General, Motivational

SIAPA FAIZUL RIDZUAN?

Siapa Faizul Ridzuan

Assalamualaikum semua, rasanya dah bertahun saya tak perkenalkan diri kot, dan hari ni check ada hampir 5,000 kawan dan follower lebih 150,000 di Facebook saya ini.

Jadi hari ni saya nak gunakan peluang ini untuk perkenalkan diri saya kepada ramai rakan-rakan baru dan juga klien saya.

 

FR NI MEMANG KAYA DAN LAHIR BANGSAWAN KE?

Saya budak sentul, arwah ayah (baru meninggal 4 bulan lepas) merupakan peniaga PKS buat carwash, dan ibu saya pekerja kerajaan yang bersara awal.

Keluarga dari kalangan B40 dan waktu 1997-1998 arwah ayah kena buang kerja, kami langsung tiada wang dan arwah ayah saya buka carwash yang merupakan sumber rezeki beliau sehinggalah beliau pulang ke Rahmatullah bulan February hari tu.

Saya mula kerja umur 13 tahun dan merupakan pekerja pertama di carwash ayah saya sebab kami tak mampu nak gajikan pekerja lain. Jadi setiap hari lepas sekolah, saya akan ke carwash untuk bantu arwah. Saya dah dilatih kerja keras dan cari rezeki sendiri waktu umur 13 tahun.

So hari ni Alhamdulillah ada stamina dan kekuatan untuk kerja hari-hari sampai jam 2-3 pagi, ini saya warisi dari arwah ayah (Mohon sedekahkan Al Fatihah buat Arwah kalau tak keberatan – Ridzuan B Abdullah)

 

MACAM MANA SAYA MULA BELI RUMAH

Kerja pertama saya gaji RM600 sebulan sebagai programmer pada tahun 2004, lepas dapat degree software engineering di Uni Malaya. Lompat kerja luar bidang, jadi banker management trainee gaji RM2,500 lepas setahun.

Waktu tu saya belajar banyak ilmu kewangan dan duit. Beli rumah pertama kondo subsale tahun 2005, modal RM2,000 duit saya sendiri, yang lain saya pakai kredit kad dan pinjam duit ex-GF.

Bayar bank RM900, sewa dapat RM1,120 waktu tu, Alhamdulillah. Tak sampai setahun, dapat bayar semua hutang dan siap boleh beli rumah ke-2. Rumah ke-2 ni yang mengubah segalanya. Punca kenapa saya mahu ada rumah banyak banyak. Saya beli rumah baru yang dah siap kat Pudu, studio unit je, tak sampai 400 sq.ft.

Orang cakap siapalah nak sewa rumah kecik ni, shoebox kata mereka. Bertahun dijual tapi masih tak laku.

Tapi rumah ni memang power, sebab bayar bank bulan-bulan baru RM900, tapi sewa dapat RM2,400. Penyewa tak pernah putus. Lebihan sewa satu unit tanpa perlu buat sublet boleh dapat RM1,500 sebulan. Gaji saya baru RM3,000 sebulan, tapi cashflow satu bijik rumah boleh dapat extra RM1,500 sebulan.

Saya fikir kalau ada 10 rumah macam ni, saya dah boleh dapat cashflow RM15,000 (RM1,500 cashflow sebulan X 10 unit) sebulan. Dan boleh berhenti kerja.

Jadi semenjak itu, saya mula set matlamat nak beli 8-10 buah rumah macam ni. Sikit pun tak peduli pasal kereta.

Jadi tahun 2006-2010, saya beli lebih dari 20 buah rumah. Bayangkan gaji saya tak sampai RM10,000 sebulan tapi hutang dan komitment rumah saya RM15,000 sebulan. DSR saya hampir 200% kot ahahaha.

Tapi bagi saya perbuatan ini tidak berisiko tinggi kerana sewa saya lebih dari RM10,000 waktu itu. Semua hartanah positif cashflow kalau dah siap.

Kahwin dengan ex-GF tanpa hutang tahun 2008, dan dikurniakan anak pertama tahun 2009. Alhamdulillah.

 

MACAM MANA SAYA BUAT RM5 JUTA PERTAMA SAYA?

Sebelum tahun 2011 bermula, saya dah berjaya beli lebih dari 20 hartanah.

Jadi tahun 2011-2015, harga rumah naik mendadak sebab 4 domino bullrun dah jatuh (Saya dah pernah share domino ini di FRPG). Hartanah yang saya beli semua naik harga RM100,000, RM200,000, sampai RM400,000 sebijik pun ada.

Networth naik ke lebih RM5 juta, dan keuntungan jualan dapat lebih dari RM2 juta. Alhamdulillah rezeki saya, bernasib baik merasa property bullrun.

Jadi sebelum saya keluarkan buku pertama WTF atau buat seminar Sarjana Hartanah, saya dah merasa buat RM5juta dari hasil pelaburan dan saya ajar benda yang saya sendiri pernah buat, macam mana benda yang saya buat dan berjaya atas pengalaman sendiri.

Buku saya pun saya cerita habis apa yang saya beli dan dekat mana semua. So bila orang cakap saya kaya sebab jual buku dan seminar tu saya senyum sahaja sebab dah jelas orang yang cakap begitu memang langsung tak buat research.

Cara pelaburan saya mungkin tak boleh diterima oleh semua (buat loan melebihi gaji etc) tapi itu cara yang buat saya boleh dapat lebih dari RM5 juta networth tak sampai 10 tahun.

Saya ambil risiko melabur, dan networth saya itu adalah reward yang saya ambil dari risiko terkawal begitu.

Kalau kita nak dapat benda yang orang lain tak dapat, kita kena buat extra. Extra usaha, extra masa, extra risiko juga. Tiap hari lepas kerja dan weekend saya pergi tengok property. Jarang bercuti hinggalah lepas tahun 2013.

Saya tak suka teori-sembang, jadi saya selalu bagi kes study dan bukti kenapa benda ni boleh buat duit atau bakal rugi. Siapa yang dah join FRPG akan tahu saya gunakan data dalam apa sahaja.

 

JADI HARI NI SAYA SIBUK BUAT APA?

Hari ni, saya masih sangat aktif melabur. InsyaAllah akan cross beli lebih 100 hartanah sebelum umur saya 40 tahun.

Saya beli property bersama klien-klien saya. Klien juga dah lebih seribu, dan hari ni kami beli hartanah lebih murah dari orang lain sebab kami beli berkumpulan.

Tapi kami semua tak akan sentuh rumah low-cost yang sepatutnya untuk golongan B40.

Majoriti hartanah kami semuanya RM400,000 dan ke atas. Kami hanya beli rumah baru yang pemaju terdesak nak jual sebab mereka dah tersalah buat product dan harga.

Diskaun kami 25%-40% secara berkumpulan dan memang tiada sesiapa dekat luar sana yang boleh beli pada harga lebih murah dari harga kami.

Dan saya juga aktif dalam bisnes hartanah. Kami ajar ilmu percuma di FRPG, tolong buat reno, dan jagakan property untuk klien. Kami buat semua tu supaya pulangan sewaan untuk unit klien terjaga. Saya gajikan lebih 60 pekerja tetap.

Dan lancarkan konsep hustle income supaya ramai boleh naikkan income mereka di B40 dan M40 supaya mereka boleh jadi T20.

Kami juga tak pernah pinjam wang, atau ada pelaburan dari luar. Tak pernah dapat geran kerajaan sebab asyik kena reject bila minta. Takde rezeki kot dan mungkin ada yang lebih layak. Hidup elok je tanpa geran kerajaan. Alhamdulillah.

 

MOTIVASI SAYA HARI INI KENAPA MASIH KERJA KERAS WALAUPUN DAH SENANG

Haha banyak sangat insiden yang bentuk saya hari ni, tapi ini top motivation saya :

1. Saya dan keluarga pernah miskin sampai makan nasi dan telur untuk berbulan. Jadi saya faham perasaan orang yang tiada duit dan tak faham ilmu kewangan.

Ilmu kewangan ni boleh tukar nasib kita sekejap je bila dah faham.

2. Saya pernah disumpah oleh guru sekolah menengah yang saya ni tak akan berjaya sebab malas. Lawak tak?

3. Kali pertama saya berkongsi ilmu, ada orang pernah cakap budak melayu ni tahu apa pasal investment? (Saya satu-satunya melayu yang berkongsi ilmu dalam majlis tu)

4. Kawan baik saya waktu dulu, cakap tiada org yang akan beli buku saya. Tak sampai setahun, buku saya jadi bestseller.

5. Hartanah adalah lubuk harta dan kekayaan, tapi 70%-80% di monopoli oleh bukan melayu. Jadi saya nak tingkatkan equity orang melayu, at least biar separa atau equal.

Saya tak mahu kita jadi seperti Indonesia, yang mana majoriti kekayaan di dominasi the top 1% sahaja.

6. Bidang hartanah ni dari segi kareer juga di dominasi oleh bukan melayu, dan hasilnya lumayan. Jadi saya nak tingkatkan kesedaran kepada orang melayu, supaya boleh explore hartanah sebagai kareer dan sumber rezeki.

Hari ni, ada beberapa student saya dah ada nama dalam bidang ini. Ada yang join sebab nak tambah income (orang muda dengan anak OKU, jadi duit untuk rawatan mahal), hari ni boleh tambahkan pendapatan RM50,000 hingga RM100,000 setahun. Alhamdulillah!

7. Sebab cerita saya, ramai orang muda bermotivasi nak beli rumah. Tapi kalau ilmu memang takda, boleh terduduk beli hartanah yang salah. Jadi saya dah mulakan FRPG ni supaya saya boleh kongsi ilmu tanpa apa-apa bayaran.

Bagi saya kalau orang yang join group free ni, at least tak akan beli rumah RM480,000 kat Nilai sebab kalau mereka ada ilmu sedikit, boleh tahu apa yang tak patut dibeli.

8. Saya mahu buktikan yang kehebatan kita sebagai pelabur atau orang berniaga, tiada kaitan dengan warna kulit, bangsa atau agama. Kita usaha lebih keras dari orang lain, dan kita akan dapat lebih dari orang lain.

Allah SWT itu maha adil dan rezeki tak pernah salah alamat.

Saya nak ada beratus rumah bila dah bersara (bukan lowcost) dan hingga boleh berjaya kendalikan syarikat listed di bursa saham. Sebab saya pernah di hina yang orang melayu mana reti melabur dan berniaga. Kalau kaya mesti sebab kroni atau makan rasuah.

 

MORAL PERKONGSIAN SAYA HARI NI

a. Kalau kita mula miskin, tak selamanya akhir kita miskin. Cari ilmu, usaha lebih dari orang lain, terus belajar. Bangsa atau agama, warna kulit etc bukan penyebab kita miskin atau kaya.

b. Saya sendiri ambil risiko besar melabur, buat loan jauh melebihi gaji, sebab saya mula dengan tiada apa harta pun. So kalau saya bankrup pun tak mati sebab memang dah takda apa waktu mula dulu.

Alhamdulillah, sebab ada ilmu, ambil risiko terkawal, tak bankrup malah dapat berhenti kerja waktu umur 33 tahun.

c. Buat benda yang kita faham. Cari ilmu dulu dan jangan ikut sebarangan. Tak kira berniaga atau melabur. Jangan ikut style pelaburan saya kalau ilmu tak cukup.

d. Akan ada sentiasa orang yang pandang rendah pada kita. Pejam mata, pekakkan telinga dan kerja keras. Buat sehabis baik.

d. Ada orang memang tak akan suka dengan apa pun yang kita buat. Kalau miskin dihina, kalau kaya pun dikecam.

e. Orang yang bakal mengecewakan kita adalah orang yang kita kenal dan rapat dengan kita. Kawan baik saya pernah cakap saya berjaya hanya sebab saya ni Melayu dan Bumiputera.

Kawan saya yang pernah saya sokong bisnes beliau dan bayar fee 5-angka, hari ni cakap beliau mengemis minta fee dari saya. Kita akan kecewa, tapi jalan je terus.

f. Orang akan bagi banyak sebab kenapa benda ni tak boleh dilakukan. Sebab dia memang tak boleh buat tapi tak bermaksud kita juga tak boleh buat

g. Bila dah ada duit sikit, bantu seramai yang boleh. Kongsi ilmu pun jariah. Kita tak tahu ilmu kita yang dikongsikan itu boleh ada impak besar kepada orang lain.

h. Jaga siapa rakan kita. Kalau rakan kita hari-hari sembang/mengumpat pasal orang lain, cari rakan baru. Saya tak pernah jumpa orang yang kuat mengumpat dan memfitnah yang berjaya.

Cuba tengok status Insta/Twittter/ FB Warren Buffett, Gates atau Zuckerberg, mana ada diorang sembang pasal jiran dia beli kereta baru kan?

i. Cari mentor yang dah dapat buat apa yang kita nak buat. Hari ni saya belajar dengan 4 orang yang dah ada networth 9-angka. Mereka memiliki beberapa listed co, dan ada 2 orang yang dah jadi bilionaire.

Saya belajar dari mereka sebab mereka dah berjaya buat apa yang saya mahu buat. Bukan sembang kari dan teori.

#SalamPerkenalanSemua
#DoakanSayaYa
#WorkHardWorkSmart

Comments

comments

Related Posts