General, Motivational

3 Perkara Boleh Ubah Hidup Kita Secara Luar Biasa

ubah hidup luar biasa

Circle atau kumpulan kita ni, ada kesan yang sangat besar dalam hidup kita. Benda ni senang nak faham, tapi sebenarnya tak mudah nak buat.

Saya bagi beberapa contoh yang saya sendiri dah buat dan sedang buat :

1. – Waktu saya mula melabur nak beli rumah pertama, saya network dan belajar dgn mereka yang dah ada beberapa rumah.

Alhamdulillah, hari ni dah beli lebih dari 60 hartanah, dan tiada satu pun hartanah lowcost, kerana circle yang saya belajar, mereka juga ada moral dan tak mahu beli rumah low cost. Alhamdulillah.

2. – Waktu saya mula berniaga, perniagaan pertama saya rugi RM200,000, dan saya hilang hampir 2 tahun sebab perasan bagus dan berlagak pandai.

Terus bertaubat tak nak buat sendiri, dan saya mula masuk circle orang yang dah 10,20 30 tahun berniaga. Dapat belajar terus dgn owner Nando’s, Chatime, Tony Roma’s, TWG n Godiva, Pressto, TimeDotCom, dan sebagainya.

Hari ni, tiada satu perniagaan yang saya buat yang rugi, dapat kekal kan semua pekerja waktu zaman gawat begini, malah boleh berikan bonus. Alhamdulilllah.

3.- Hari ni saya nak belajar pasal saham dan cara uruskan public listed company, saya terus cari beberapa mentor yang dah pernah buat benda ni.

So far dapat belajar dari 2 mentor yang dah jadi billionaire, dan 2 mentor yang ada networth lebih setengah billion.

Terus terbuka mata dan sekarang sibuk dengan projek baru, hehehehehe……..

Hidup ni tak rumit, kawan-kawan.

Apa yang kita fokus, itulah yang kita akan bakal dapat. Fokus kat invest rumah, akan dapat banyak rumah. Fokus kat keluarga, kita akan dapat keluarga bahagia.

Kalau kita fokus kat orang, kita akan dapat banyak bahan mengumpat, tapi rumah kita dan harta tak bertambah.

Saya bagi contoh :

– Semalam saya kongsikan kisah Dr Irfan Rahman Invest. Waktu jumpa saya beberapa tahun dulu, dia cuma ada 2-3 bijik property, sekarang dah ada lebih 20.

Dia ubah circle dia, dan dia dapat capai lebih 20 biji rumah. ( Juga tak beli lowcost sebab saya memang tak bagi ambil hak org tak berkemampuan )

– Kalau nak kurus, jangan la pergi masuk group Nasi Kandar Hunters. Memang la sampai bila pun tak kurus nanti ahahahah. Masuk laa group intermittent fasting ke, keto diet ke atau yang sepadan dengannya.

– Kalau nak sihat, masuk group fitness. Sebab tu orang sanggup bayar gym membership walaupun ada gym di kondo sendiri.

– Kalau nak kaya, join group orang yang dah kaya, dan tgk apa yang mereka buat. Fokus mereka akan lebih kepada investment dan berniaga. Apa yang mereka fokus, itulah yang mereka akan dapat.

– Hari ni saya bertemu dengan klien FAR Capital yang buat sales 300% lebih tinggi waktu PKP. Dia fokus kat bisnes dia, dan pesaing beliau semua fokus mengeluh, menyalahkan Covid.

Kesimpulannya, kita akan dapat benda yang kita letak fokus kita.

Hari ni, saya memang akan terus keluar dari mana mana WA group yang fokusnya pada org lain, dan benda tak berkaitan investment dan berniaga..

Saya akan unfriend sahaja semua yang ada mentaliti loser, dan takkan jumpa orang begini, sebab mereka ini hanya akan bazirkan masa kita dan takkan bantu kita berjaya.

Mereka pasti akan mengecam bila kita keluar atau unfren mereka, tapi kita kena sentiasa ingat yang si ayam memang banyak bunyinya, berbanding harimau.

Jaga circle kita, sebab itulah sebenarnya masa depan kita.

#YourNetworkIsYourNetworth

Comments

comments

Related Posts