Property Investment

Beza Perkongsian vs Riak: Jangan Baca Kalau Fikiran Anda Tidak Mahu Dibuka

Salam semua, baru baru ni kecoh sikit bila ada pelabur hartanah dikecam teruk kerana berkongsi ilmu dan cerita beliau.

Haters tu benda biasa but kali ni macam luar-biasa ramai yang marah.

Mungkin sebab cara beliau berkongsi tu keras sikit, jadi ramai yang terasa.

Majoriti yang mengecam adalah orang muda.

Melihat keadaan ini, saya teringat macam mana kali pertama saya diperkenalkan kepada hartanah.

Pensyarah saya di universiti, arwah Puan Fazilah yang sentiasa berkongsi dalam kelas kenapa bila kami sudah tamat mengajian, wajib beli rumah dulu dari beli kereta.

Sepanjang semester tu, beliau ingatkan kami semua secara baik.

Bila ada yang bertanya berapa hartanah yang beliau ada, dia cakap dah beli lebih dari 20 hartanah.

Itu adalah kali pertama saya kenal orang yang ada hartanah banyak, dan beliau betul betul membuka mata saya.

Terus memang tak mahu beli kereta sebab cara beliau berkongsi elok elok sahaja dan tidak pernah beliau perlekehkan kami yg tak tau apa ni.

Mungkin ada yang cakap beliau riak sebab berkongsi ilmu begini yang langsung tiada kaitan dgn pelajaran kami, tapi besar kemungkinan kalau beliau tidak berkongsi langsung, Faizul Ridzuan yang anda semua kenal hari ni, mungkin jauh berbeza.

 

Jadi, kepada yang nak berkongsi ilmu, jalan terus dan berkongsi, sebab anda tak tahu ilmu yang kita kongsi hari ni, akan boleh bagi impak besar kepada kehidupan orang lain, macam perkongsian arwah kepada saya.

Tapi jangan perlekehkan orang yang tiada ilmu, sebab masa mereka belum sampai.

Bila sampai masa dan mereka bersedia, mereka akan datang belajar.

Sehingga hari ni, saya rasa dah beribu kali saya kena kecam macam macam.

Ada yang panggil saya babi, yahudi, kapitalis, Qarun, dan macam macam.

Tipu la kalau saya cakap tak pernah fikir untuk give up.

Tapi bila tengok balik hasil mereka yang pernah datang Hartanah 2-3 tahun lepas, dari kosong hartanah boleh beli sampai berbelas hari ni walaupun gaji kecil.

Apa yang arwah Fazilah mulakan, saya akan teruskan selagi mampu.

Tak kisah la orang nak cakap apa, sebab saya tak kisah kalau 50 orang benci tapi seorang dapat ubah nasib sebab ilmu yang saya kongsi.

Majoriti mmg akan lebih suka salahkan semua benda lain kecuali diri sendiri, sebab senang kan?

Bila mereka dah sedar yang ilmu kena kena ada , mereka akan mula belajar.👍
.
Dan yang terakhir, orang yang benci kita hari ni, belum tentu akan benci kita selamanya.

Ada yang dulu tak suka saya dan rasa saya ni penjual air liur, berubah lepas datang MILIONAIRE EMPLOYEE BLUEPRINT.

Dah kenal baru faham cara saya dan sekarang dah jadi kawan baik.

So kalau niat betul, kongsi elok elok tanpa perlekehkan atau hina sesiapa.

Kurangkan riak sebab ilmu tu dipinjamkan sahaja kepada kita.

Rasullullah dulu berdakwah, elok lembut sahaja tanpa perlu merendahkan sesiapa, kan?

#MohonDoakanUntukArwah
#AjarPenuhKasihSayang
#WaktuTakPandaiKitaBelajar
#BilaDahPandaiKitaMengajar

Comments

comments

Related Posts