Beza Pelabur Sebenar Dan Penyontot?

Reading Time: 2 minutes


Saya tengah dalam perjalanan ke JB untuk penuhi jemputan memberi taklimat mengenai pasaran hartanah 2015 dan nak buat beberapa sesi 1-ON-1.

So tengah boring dlm kereta saya nak berkongsi sikit pandangan saya mengenai pelabur sebenar dan pelabur penyontot.

Baru ni tengok banyak post post yang kelakar. Suruh masuk bisnes atau pelaburan itu ini dgn modus operandi standard seperti berikut :

– gunakan agama dan ayat-ayat hebat seperti Nabi galakkan berniaga, pembangunan ummah blah blah.

– tayang kereta “mewah” yang semua org tahu merupakan satu liabiliti sebenarnya. Paling best ialah jenis yang pijak-pijak kereta mewah.

– tunjuk dokumen yang kononnya mereka rumah sampai 5-10 sekaligus.

– tunjuk mereka bershopping dan pakai pakaian mewah

– Dan macam-macam helah lagi

Realitiya, mereka ni sebenarnya penjual yang menjual mimpi dan impian. Bak kata org putih, selling your success.

Memang tak salah pun nak menjual sukses tapi byk yang menjanjikan duit senang utk menarik pelabur. Paling sedih, ada yang buat skim cepat kaya/cepat sontot untuk menipu org sebangsa dan seagama.

Nak tgk apa rupa pelabur sebenar?

Tengok gambar ni. Mamat ni yang merupakan client FAR CAPITAL dan kawan sekolah saya beli rumah bawah market value di KL harga 500k walhal bank value 580k.

Pakaian beliau ketika nak beli hartanah setengah juta? Cuma jeans, tshirt biasa. Dan kalau korang perasan muka dia habis penuh sticker kartun sebab beliau tgh bermain dgn budak.

Agent pun tak habis habis gelak kat dia sbb kelakar sgt org melabur dgn muka penuh dgn stiker kartun. In fact dia mula-mula tak bagi saya ambik gambar ni tapi saya cakap byk org boleh belajar dari dia.

Realitinya, pelabur sebenar jarang yang nak menunjuk dan memberitahu satu dunia yang dia ni pelabur.

Kalau korang nampak org yang tiap-tiap hari-hari keje dia menjual sukses tu, hati hati sikit la.

Orang yang betul2 sukses boleh terangkan sepenuhnya dgn teliti kenapa dia boleh berjaya dan diorang ni malas nak terangkan kecuali la kena paksa.

Saya tengok org yang menjual sukses dia tak boleh nak jelaskan dgn terperinci kenapa dia sukses.

Dia akan cakap senang je asalkan korang follow dia and tak baNyak tanya. Kalau tanya banyak banyak diorang ni cepat sentap.

Apa-apa pun, sebelum melabur dalam apa-apa pun, belajar dan cari ilmu dulu. Dlm dunia ni takde shortcut.

Nak buat duit susah, tapi nak belanjakan atau hilangkan duit mmg senang.

Saya belajar 2 tahun tiap-tiap malam 2-3 jam sehari sebelum beli rumah pertama. Lepas dah ada ilmu, tak susah nak buat duit.

Dunia ni penuh dgn org pemalas, and tak mahu cari ilmu. Sebab tu tak ramai yang kaya dan diorang ni la paling senang kena tipu dgn skim-skim cepat kaya/cepat sontot. Ambil personal loan beratus ribu utk kononnya melabur, akhirnya semua duit terlebur dan hilang.

Orang yang taknak luangkan masa utk cari ilmu, biasanya akan bayar kejahilan mereka tu dgn duit hasil penat lelah. Bak kata org putih :

IF YOU THINK EDUCATION IS EXPENSIVE, TRY IGNORANCE.

KALAU ANDA FIKIR CARI ILMU ITU MAHAL, CUBA KEJAHILAN.

Reader Comments

LEAVE REPLY

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts