Salam ahad semua.

Kami tengah OTW ke Nilai untuk perkongsian hartanah untuk pemaju Sime Darby dan saya ada sedikit masa nak menulis mengenai pasangan yang saya jumpa di Johor semalam untuk sesi 1-on-1.

Kisah pasangan ini :

1. Suami kerja kontrak, dan setiap kali buat loan gagal sebab bank tak suka perkerja kontrak yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Beliau pernah buat syarikat sendiri dan buat payslip gaji sendiri, tapi bila buat loan masih tak lepas.

2. Isteri mempunyai kerja tetap tapi komitmen tinggi. 1 personal loan melebihi 100k. 2 loan kereta berjumlah 200k. Dan beliau ada satu hartanah yang dipakai sendiri.

3. Komitmen si isteri tinggi sebab cuma beliau yang senang nak buat pinjaman. Suami langsing tiada loan sebab tiap kali apply loan, kena reject.

4. Mereka susah nak ada simpanan sebab loan kereta+personal loan+loan rumah sahaja sudah RM4000 sebulan.

5. Duit simpanan sekarang tak sampai RM30,000.

Selepas saya dengar masalah mereka, saya berikan cadangan dan saya ajar mereka untuk :

1. Kurangkan hutang dari RM4000 sebulan kepada RM2000 sebulan.

2. Dapat Langsaikan hutang semua personal loan dan bayar penuh sebijik kereta yang jumlahnya RM150,000.

3. Si suami sekarang akan boleh buat loan sampai RM800,000. Isteri boleh buat loan sehingga RM1juta.

4. Simpan rumah yang mereka sedang guna.

5. Tambah dan cukupKan modal untuk beli 3 hartanah baru bernilai RM1.5 juta.

Ada yang nak belajar tak apa cadangan saya kepada mereka yang membolehkan mereka buat semua ini?