Kena belajar buat benda sorang-sorang…..

Kena faham yang orang lain takkan faham kenapa kita bekerja tiap-tiap hari dan mereka boleh pergi piknik dan melancong tiap tiap minggu/tahun….

Kena faham yang rumah orang lain akan “nampak” lebih bagus dari rumah kita……

Kena faham yang kereta orang lain akan “nampak” lebih bagus dari kereta kita……

Kena faham yang keluarga orang lain akan “nampak” lebih bagus dari keluarga kita……

Kawan sebenar akan jadi sgt sedikit, dan kena faham konsep quality over quantity….

Orang akan suruh kita berhenti dan nasihatkan kita jgn kerja kuat sgt…. sbb mereka bimbangkan kita…..

Ada yang betul risaukan kebahagian dan kesihatan kita, tapi ada yang risau yang mereka salah dan kita akan jadi lebih berjaya dari mereka…..

Jadi, jangan risau atau gusar sebab anda tiada kawan dalam perjalanan anda. Sebab kalau kejayaan ni mudah dicapai, semua orang akan boleh buat kan?

Contohnya, dalam pelaburan hartanah, kita akan jarang jumpa kawan yang sekepala.

Ini adalah sebab utama saya wajibkan semua student Sarjana Hartanah saya supaya gunakan platform networking Whatsapp selepas Sarjana Hartanah untuk perkongisian ilmu dan terus belajar dari sesama sendiri.

Platform ini mengingatkan kita yang ada orang lain dalam perjalanan yang sama dan kita tak bersendirian.

Ada yang bertanya saya, wajib ke bawa pasangan (suami/isteri/GF/BF) bila datang ke sesi 1on1?

Saya reply wajib sebab tak guna kalau anda seorang yang faham tapi pasangan anda langsung tak faham kenapa anda kena sengsara tanpa holiday, kereta baru etc untuk 5 tahun kelak.

Bagi saya, 5 tahun pertama itu sgt penting dan akan menentukan kekukuhan kewangan keluarga kita yang akan membolehkan kita buat apa yang kita mahu buat ( bersara awal, tabungan pendidikan anak etc).

Kalau kita nak dapat lebih dari orang lain, usaha kita pun kena lebih.

Majoriti orang malas nak berusaha, dan mereka yang “cool” ini akan sentiasa mengajak kita melepak dan membuang masa.

Bila kita tak melepak sekali, kita dianggap tidak “cool” dan mereka akan mula mengata dan menyisihkan kita.

Sunyi kan? Sebab itu mentaliti kita kena kuat sebab kita akan sentiasa bersendirian menjalankan misi kita.

Bak kata orang putih, it can be lonely, at the top. So belajar la kukuhkan mentaliti bersendirian because thats the price most of us have to pay to get there ^^

p/s : Saya dah berbulan tiada weekend holiday. Rasa best pulak sebab dah biasa. Saya shopping/melepak/berehat bila orang bekerja. ^^